The Sara Sisters tampil dengan identiti sendiri

SYARIKAT hiburan, Rocketfuel Entertainment sekali lagi menerajui industri muzik tempatan dengan memperkenalkan kumpulan pop wanita yang terdiri daripada empat beradik dikenali sebagai The Sara Sisters.

Sebelum ini The Sara Sisters dikenali dalam kalangan pengguna aplikasi TikTok apabila kebanyakan kandungan dihasilkan mereka sering ‘trending’ dan menarik perhatian warga maya.

The Sara Sisters yang berasal dari Kuala Lumpur terdiri daripada Sara Jasmin, 27, Sara Alia, 22, Sara Aqila, 21, dan Sara Qaleesya, 20.

Sara Jasmin berkata, dia tidak menjangka mendapat tawaran daripada Rocketfuel Entertainment untuk bernaung di bawah syarikat itu.

Alhamdulillah, terima kasih yang tidak terhingga buat Rocketfuel Entertainment kerana menyunting kami empat beradik untuk menjadi artis di bawah naungan mereka.

Semuanya bermula ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang pertama pada 2020 di mana kami sering menghasilkan video cabaran tarian di TikTok dengan mendapat banyak tanda suka sehingga mula dikenali ramai,” katanya.


Bagi Sara Alia, kemunculan mereka dalam industri muzik tanah air menjadikan mereka kumpulan adik-beradik pertama seumpamanya di Malaysia kerana belum pernah ada kumpulan nyanyian dengan empat orang bersaudara sekali gus.

Ramai ingat kami adalah ‘quadruplet’ atau kembar empat kerana memiliki raut wajah yang seakan-akan sama, namun hakikatnya kami dilahirkan pada tahun yang berbeza.

Mungkin kerana keistimewaan itu kami menjadi perhatian sehingga dipelawa menjadi sebahagian daripada keluarga besar Rocketfuel Entertainment,” katanya.

Walaupun mereka mempunyai raut wajah seiras, masing-masing berperwatakan berbeza iaitu Sara Jasmin lebih prihatin, Sara Alia gemar berjenaka, Sara Aqila pula seorang yang ‘happy-go-lucky’ dan Sara Qaleesya mempunyai keyakinan tinggi.

Dalam masa sama, Sara Qaleesya berkata, buat masa sekarang The Sara Sisters mahu memberikan fokus dalam bidang nyanyian terlebih dahulu.

Kalau boleh, kami mahu betul-betul fokus dalam bidang nyanyian terlebih dahulu sebelum mencuba bidang lain seperti lakonan, pengacaraan dan lain-lain.

Sebagai kumpulan empat beradik yang pertama di Malaysia, kami akan buktikan pada semua yang kami juga mampu memberi saingan sihat kepada ‘band girl’ sedia ada,” katanya.

Post a Comment

Previous Post Next Post

Contact Form