VERA menjadikan NONA sebagai pembakar semangat



Bekas ahli kumpulan Nona iaitu Angela menerusi satu kenyataan memberitahu, mereka berempat akan teruskan kerjaya nyanyian yang dimulakan dengan jenama baharu iaitu Vera.

Katanya, keputusan itu dibuat memandangkan ramai peminat masih memberikan sokongan agar mereka bergiat aktif menyanyi.

Setelah tidak lagi bernaung di bawah syarikat rakaman lama, kami telah berbincang dan bersetuju untuk kembali mewarnai pentas seni suara dengan nama Vera.

Ini semua disebabkan sokongan berterusan para penyokong kami ketika mula-mula Nona bertapak.

Walaupun Nona dilanda masalah dan berada dalam situasi sukar sebelum ini, mereka tidak putus memberi kata semangat agar kami terus bangkit,” katanya.

Menurutnya, Vera membawa maksud kebenaran atau kepercayaan dan berharap dengan berpegang kepada dua prinsip tersebut, mereka mampu melangkah lebih jauh dalam industri ini. 

“Ia adalah hasil undian peminat daripada empat nama yang dicadangkan di peringkat awal iaitu 4 Roses, Suri (Princess), Maia dan Vera.

Selain kembali berjuang dengan semangat baharu, penubuhan Vera turut disertai semula oleh Rika yang pernah meninggalkan Nona.

“Rika menyertai Vera sebaik kontraknya bersama RNR tamat. Kini kami merupakan kumpulan penyanyi wanita yang bergerak sendiri tanpa adanya agensi pengurusan,” jelasnya.


Pada tahun 2022, Vera telah membuat kenyataan melalui akaun instagram mereka bahawa kumpulan itu telah bersetuju untuk berkerja sama dengan CASHMERE STUDIO, Mereka telah mengadakan perjumpaan antara Vera dan Syarikat tersebut pada awal May 2022.

Walaubagaimanapun, ini merupakan langkah awal Vera untuk kembali berjuang dalam industri hiburan. Para peminat Vera turut menyokong apa saja keputusan yang diambil oleh kumpulan itu. 

Post a Comment

Previous Post Next Post

Contact Form