De FAM kembali dengan single terbaru

Anggota kumpulan De Fam, Azira Shafinaz mendedahkan yang dia dan ahli kumpulannya bakal muncul dengan single baharu, selepas sekian lama vacum sebaqai penghibur pentas.


Azira berkata, penerbitan single berkenaan bukanlah dikira sebagai comeback, tetapi merupakan sebuah penerbitan pasca pandemik.

la bukanlah comeback, sebab De Fam mash ada, Cuma kita tak boleh keluarkan lagu disebabkan panderik COVID-19

 

Disebabkan itu, selepas semuanya dilihat kembali reda, kami gunakan masa yang ada ini untuk menerbitkan lagu baharu, katanya.


Azira berkata, genre bagi single tersebut sedikit berbeza dengan lagu-lagu sebelum ini. Cuma, buat masa sekarang, dia tidak boleh berkongsi lanjut mengenai butiran single baharu mereka.

Untuk kali ini, kita cuba genre yang agak berbeza. Kita pun sedia maklum yang Manggis pun dah bertudung dan dari sisi lain, single ini juga menunjukkan kematangan kami bertiga.

 

Dan kami tidak akan menari dalam single ini. Tapi jangan risau, untuk single akan datang, kami masih menari sebab genre asal masih akan kami kekalkan," katanya lagi.

                        De FAM                                                            DOLLA

Ditanya mengenai kumpulan Dolla yang dilihat sebagai pelapis De Fam, Azira berkata, dia berbangga dengan perkembangan industri muzik tempatan yang mula membuka peluang dan menerima penyanyi berkumpulan wanita.

Benda sebegini bagus kerana kita perlukan variasi dalam industri. Kita tidak boleh berharap pada satu sahaja. Bagi saya, ada variety tu bagus dan industri akan berkembang.

 

Selepas Dolla debut, banyak kumpulan lain yang turut debut dan ini merupakan petanda yang bagus. Saya bangga melihat perkembangan ini," katanya lagi.



Post a Comment

Previous Post Next Post

Contact Form