JUITA mempertaruhkan lagu debut bertajuk "PENDUA"

 


Kumpulan JUITA merupakan kumpulan baru yang telah ditubuhkan oleh Rhythm & Rhyme Entertainment yang dimiliki oleh sepasang suami isteri iaitu Stacy dan Akim. JUITA telah ditubuhkan pada tahun 2022, dan bakal debut pada 02 September 2022 bertajuk "PENDUA". 

Selepas pembubaran kumpulan NONA, JUITA telah menggantikan NONA untuk meneruskan usaha Rhythm & Rhyme Entertainment dalam mewujudkan kumpulan baharu. Walaupun JUITA baru saja menyertai Rhythm & Rhyme Entertainment, tetapi latar belakang ahli kumpulan ini tidak kalah saing dengan kumpulan-kumpulan yang telah jadi trainer bertahun-tahun. 



Ini kerana semua ahli mempunyai latar belakang dan pengalaman dalam dunia nyanyian dan tarian. hal ini tidak menjadi penghalang kepada Rhythm & Rhyme Entertainment untuk mempertaruhkan kumpulan ini dalam masa singkat.

JUITA telah memulakan persembahan pertama mereka dengan membawa lagu sulung mereka semasa konsert yang telah dianjurkan oleh jelajah 90 SURIA Kak Ell (SURIA FM) di IOI Putrajaya. 

Persembahan ini merupakan pengenalan JUITA kepada orang ramai yang bakal mewarnai dunia hiburan dalam semua bentuk platom nanti.





LIVE



Post a Comment

Previous Post Next Post

Contact Form