Hasmiza, 45, berkata artis popular perlu bertanding dalam GV Diva Divo kerana rancangan itu perlu kelainan selepas disiarkan tiga musim berturut-turut. ― Foto oleh Choo Choy May
© Provided by Malay Mail Online Hasmiza, 45, berkata artis popular perlu bertanding dalam GV Diva Divo kerana rancangan itu perlu kelainan selepas disiarkan tiga musim berturut-turut. ― Foto oleh Choo Choy May PETALING JAYA, 6 Dis — Selepas tiga musim bersiaran, Datuk Seri Hasmiza Othman berhasrat menampilkan kelainan dalam program Gegar Vaganza (GV) dengan menampilkan artis daripada kelas A.

Hasmiza atau lebih mesra disapa Datuk Seri Vida berkata program yang mungkin dinamakan GV Diva Divo itu juga akan bersiaran di suatu lokasi yang lebih bersesuaian.
“Peserta kali ini kena lebih mantap. Kalau dulu mungkin artis yang hanya popular dengan satu lagu.
“Tetapi sekarang kena cari penyanyi gred A sebagaimana sebuah rancangan baru menampilkan artis hebat bertanding.
“Tahun depan [kita] buat di pusat konvensyen saya di Seksyen 27, Kota Kemuning Shah Alam,” katanya dalam satu wawancara bersama ProjekMMO semalam.

GV musim ketiga melabuhkan tirainya pada Ahad dengan mengangkat Azharina Azhar sebagai juara selain Siti Sarah dan Zarul yang berada di tempat kedua dan ketiga.
Program hiburan itu sudah bersiaran selama tiga musim ditaja oleh Vida Beauty Sdn Bhd, syarikat milik Hasmiza yang mempromosikan produk Pamoga dan Qu Puteh.
Vida tampil dengan produk baharu kali ini mengajak usahawan baru tampil cantik dan menjadi kaya.
© Provided by Malay Mail Online Vida tampil dengan produk baharu kali ini mengajak usahawan baru tampil cantik dan menjadi kaya. Hasmiza, 45, berkata tiada salahnya artis popular bertanding dalam GV Diva Divo kerana rancangan itu perlu kelainan selepas disiarkan tiga musim berturut-turut.
“Apa salahnya? Kalau diva, kita cari kelompok diva. GV Diva apa salahnya? Nanti saya cakap dekat Astro.

“Kita perlu kelainan. Saya pula nak menaja, saya kena pilih sekarang sebab saya pernah lalui benda yang tak mendatangkan impak maksimum, maka saya tak mahu.
“Mereka [penyanyi] sanggup bertanding kerana mereka tahu selepas GV dapat banyak undangan persembahan,” katanya.