Saturday, 10 December 2016

Cara Dapat Unlimited Internet Celcom Dengan Internet Burung Hantu

internet free


Assalamualaikum...

Ada beberapa soalan yang mana mungkin hampir seluruh warga Malaysia akan jawab "Ya !!".
Malah bukan sahaja di Malaysia, di seluruh dunia juga jika diajukan soalan sebegini pasti akan beri jawapan yang sama ...


Ini soalannya :-

Suka dengan Internet ??

Nak dapat free Internet tanpa had ??

Nak internet berkelajuan tinggi ??



haha.. memang tidak asing lagi dunia serba teknologi ni mampu menarik minat semua orang dengan hanya INTERNET !!
Tapi biasalah, dekat Malaysia ni sebenarnya kelajuan Internet taklah seberapa laju dengan negara Barat nun jauh di sana tu..
Lepastu, Harga langganan Internet pulak memang kebanyakannya tak masuk akal !! ( Tapi bukannya semua )


Sebelum ni saya ada post mengenai kelebihan dan kekurangan Magic Sim From Xpax !!
Tapi kali ni admin nak cerita sikit, tahun lepas pihak Celcom dah sebulat suara untuk bagi Internet Unlimited Kuota ni kepada pengguna-penggunanya..
Betul ke ?? Yess !!


Free internet unlimited kuota yang ditawarkan ni juga dikenali sebagai INTERNET BURUNG HANTU ..

Kenapa burung hantu ?? sebabnya Celcom hanya bagi Free Unlimited Kuota pada jam 1 pagi sehingga 7 pagi je ( 1am-7am ).


Dan kena ingat, bukan senang-senang je nak dapat Free Internet Unlimited ni ...
Kita kenalah langgan internet ni dulu. hahaha.. tengok, Celcom pun pandai buat trik ni untuk kepentingan Celcom jugak. Maklumlah, nak untung katakan !!
Tapi, kira terbaikk dan berbaloi lahh Celcom buat macam ni !!
Sebab tu lah saya pun dah lebih tiga kali langgan internet ni..


Singgah Juga: Cara Download Video YouTube tanpa guna Software !!


Macam mana nak langgan dan dapat free Internet Burung Hantu ni ??
Untuk dapat Free Unlimited Internet, kena langgan Internet ni untuk seminggu ataupun sebulan.. kalau harian memang tak jadi.


Cara-caranya :-

1. dail *118#

2. pilih Internet Packs

3. pilih Subscribe to Internet Packs

4. Kalau nak internet bulanan, pilih Monthly

5. Kalau nak mingguan pilih next, kemudian pilih weekly



Untuk Internet bulanan ada 3 pilihan :-

1. RM60 ( 4.5Gb + YONDER MUSIC )
2. RM40 ( 2.5Gb + YONDER MUSIC )
3. RM30 ( 1.5Gb + YONDER MUSIC )


Untuk Internet Mingguan pula ada 2 pilihan :-

1. RM15 ( 800Mb + YONDER MUSIC )
2. RM10 ( 500Mb + YONDER MUSIC )



Apa Itu YONDER MUSIC ??

- YONDER MUSIC adalah satu aplikasi yang mana bergabung dengan pihak Celcom.
- Kita juga boleh dapatkan TOPUP PERCUMA RM10 bila daftar untuk kali pertama dalam aplikasi YONDER MUSIC ni.
- Jangan risau, pendaftarannya adalah percuma.
- Dalam beberapa hari, kita akan dikreditkan RM10 dalam akaun prabayar kita.


Apa kelebihan bila daftar Internet Burung Hantu ni ??

1. Kelajuannya melebihi 600kbps
2. Dapat free minit untuk panggilan ( sama rangkaian )
3. Dapat free Mesej ( sama rangkaian )

Saya syorkan supaya kalau nak langgan Internet bulanan, baik pilih no 3 tu (RM30)..
sebab memang dah cukup banyak 1.5Gb tu.. kita pun taknak la membazir sangat.
Macam saya memang sentiasa langgan Internet bulanan RM30, 1.5 Gb.
Benda free yang saya dapat selain Burung Hantu ialah dapat 75 minit panggilan & 75 SMS..
Tak lupa juga YONDER MUSIC. tapi, saya dah daftar untuk kali pertama.. dalam selang beberapa hari, RM10 masuk dalam akaun prabayar saya.

Lepas kita langgan Internet ni, Celcom akan hantar mesej seperti gambar di bawah :-

celcom unlimited internet










Kalau nak cek baki internet boleh dial *118# >> Internet Packs >> Check Internet Balance.
Cek baki Internet melalui sms pun boleh, taip "MAX STATUS" hantar ke "28882".

Free internet celcom








Prabayar kita kena sentiasa active untuk main internet (belum tamat tempoh)



Selepas nak hampir sebulan langgan Internet, pihak Celcom akan hantar mesej pemberitahuan bahawa Internet kita akan diperbaharui ( caj RM30 )
Kalau kita tak nak langgan dah Internet untuk bulan berikutnya, taip "STOP" hantar ke "28882"

Unlimited celcom internet

Related Articles

2 comments: