Tuesday, 29 April 2014

Tukar Hard Disk.

Aritu aku pergi la mencari Hard Disk Drive (HDD) untuk laptop Abang Jep. Tah macam mane la HDD dia ni bole rosak. Jumpa dalam BIOS, nampak jugak masa setup. Tapi tak ada system file dan tak boleh nak format. Confirm buat sendal pintu je la HDD tu. HDD asal 80GB IDE. Bole la pulak sekarang ni HDD jenis ni mahal sikit dari HDD SATA. Terpaksa la jugak amik dan terupgrade la sikit. Yang berbaloi nak beli pun yang 160GB. Dua kali ganda dari yang asal (ape yang nak di simpan agaknya ni).


Keluarkan HDD asal dari laptop. Cara nak bukak dan pasang HDD tu pandai-pandai la korang fikir logik macam mane.


Dah pasang ni boleh la start install Windows XP. Eh! Sekejap. Sementara aku dan pegang skru driver ni, ape kata aku check RAM slot laptop ni ada lagi ke tidak. Aritu Abang Jep ada tanya nak upgrage RAM berapa harga.

Dah penuh la pulak dua-dua slot. Baru la aku teringat masa beli laptop ni dulu brader ni dah siap upgrade ke 1G. Standart laptop ni 512MB je. Kalau nak upgrade jugak, kena la tukar RAM yang ada ni dulu.

Related Articles

0 comments:

Post a Comment