Tuesday, 29 April 2014

5 Blog Malaysia Popular 2013


5 Blog Malaysia Popular 2013


Bagi seorang blogger sudah pasti mereka mempunyai blog pilihan mereka sendiri sebagai semangat untuk berblog. Adakah anda seorang blogger?

Jika YA, teruskan membaca....

Sudah lama saya mengimpikan pilihan blog yang anda rasakan cukup popular dari kaca mata seorang blogger. Saya hanya inginkan pandangan blogger semua untuk memberi senarai 5 Blogger yang paling popular pada 2013. Kerana saya ingin memberi ruang untuk saya membuat review 5 blog popular tersebut dengan membuat kajian dan analisis.

Pastikan 5 Blog ini yang betul-betul anda rasakan popular. Jika anda rasa anda popular, maka masukkan sahaja dalam senarai. Saya akan melihat blog paling banyak di pilih. Pada mulanya, saya memilih 10 orang blogger, tetapi kualiti akan berkurangan kerana pasti sukar untuk memilih 10 orang blogger tersebut. Jadi, saya mengharapkan para blogger sekalian memberi kerjasama seketika sahaja untuk memberi 5 Blogger Popular 2013.

Contohnya:

1. Ben Ashaari
2. Denaihati
3. Ciktom
4. Akmaomar
5. Hasrulhassan

Ini sebahagian contoh sahaja. Saya akan meneliti siapa yang berjaya menjadi pilihan blogger pada tahun 2013.

Buatlah pilihan. Saya akan lekatkan entri ini sehingga sabtu minggu hadapan. Untuk blogger memberi respon di kotak komen. Terima kasih kerana membantu saya.

Mari lebarkan saya blog Malaysia ke serata dunia. Macam satu brainstorming untuk anda memilih. Ini bukan anugerah blockbuster. Tiada hadiah yang disediakan. Memberi ruang untuk kita memilih blog yang perlu dijadikan contoh di dalam dunia blog.

Berikan 5 Blog pilihan anda yang popular 2013. Tidak perlu membuat entri. Tinggalkan di ruang komen di bawah. Terima kasih

Related Articles

0 comments:

Post a Comment