Saturday, 8 June 2013

Fadhizan Store

Fadhizan Store  
 
Nama : Puan Fadhilah Muda
No. Lesen : TR-0004335-X
Alamat : PP-50, Tingkat Atas

20000 Kuala Terengganu

Terengganu
 
 Pusat PJD : Tiada Data Kod Pusat : Tiada  
 Telefon : 09-6235406 / 09.6223404 Fax : 0123456789  
 Email : fadhizanstore_pp50@yahoo.com Laman Web : Tiada  
Peta Lokasi
 
Penerangan Perniagaan :
Syarikat Fadhizan Store ini ditubuhkan oleh pemiliknya iaitu Puan Fadilah Binti Muda. Beliau adalah merupakan pengusaha dan peniaga songket dan batik yang ternama di Kuala Terengganu. Beliau telah mewarisi perniagaan ini dari keluarganya sejak turun temurun lagi dan berkecimpung dalam perniagaan ini sejak 27 tahun yang lalu. Pada awal penglibatan dalam perniagaan, pemilik telah menjalankan aktiviti perniagaan ini secara kecil-kecilan di kediamannya iaitu di Kampung Paloh dan kemudiannya membuka cawangan di Pasar Besar Kedai Payang. Perusahaan ini telah didaftarkan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia pada 17 Ogos 1994. Perniagaan yang diusahakan ini adalah dalam urusan jualan songket dan batik, membekal peralatan tenunan serta jualan pakaian yang lain. Syarikat ini juga turut melibatkan diri dalam pembangunan perusahaan Songket dan Batik Terengganu termasuklah dalam aktiviti promosi dan pemasaran. Fadhizan Store mengeluarkan songket dan batik dari pelbagai fabrik dan corak seperti kain tenunan kapas/sutera, sut perempuan, sut pengantin dan kraf bermotifkan songket. Selain itu, Fadhizan Store turut membuat dan mengedar batik sutera, sifon, creps dan lain lain lagi.
 

Related Articles

0 comments:

Post a Comment