Friday, 8 February 2013

500,000 LAPTOP 1MALAYSIA AKAN DIBERIKAN


Untung sungguh pelajar Malaysia sekarang nak laptop kerajaan bagi, nak yuran free kerajaan bagi cash setiap sorang pelajar sekolah RM100, bahkan dapat pulak rebate RM250 pulak untuk beli buku bagipelajar IPT..kalau tak tau nak hargai tak tau la...
Walaupun ada segelintir pihak kata laptop 1Malaysia tue tak berkualiti..padan la korang pun dapat free je..GK dulu study kat Uitm guna duit PTPTN tau nak beli sebijik komputer..harga komputer tue masa GK beli RM1,900 ram pun takat 256mb je..mahal komputer dulu..nak beli laptop memang telan air liur la..paling murah pun RM2,999 JENAMA aCER..alhamdulilah elok lagi komputer tue sampai sekarang..GK beli tahun 2004, sekarang dah hampir 8 tahun komputer tue dengan GK..dengan komputer tue la GK buat income untuk study dengan menyediakan perkhidmatan printing..sekeping 50 sen untuk black and white kalau yang bercolor lak tengok pada kuantiti color yang digunakan...semua itu jadi kenangan...

Tadi GK terjumpa kat sinar harian yang kerajaan nak bagi lagi 500,000 biji laptop untuk student..korang baca la ye..

KUALA LUMPUR - Sebanyak 500,000 unit komputer riba akan diagih sebagai tambahan kepada sejuta unit yang diperuntuk di bawah Program Komputer Riba 1Malaysia.   Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Joseph Salang berkata tambahan itu melibatkan perbelanjaan kira-kira RM1.5 bilion.   "Setelah mengambil kira keperluan dan permintaan yang tinggi daripada orang ramai, sejumlah 500 ribu unit komputer riba telah ditambah menjadikan jumlah keseluruhan 1.5 juta unit," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2013 peringkat dasar bagi kementerian itu di Dewan Rakyat hari ini.   Program Komputer Riba 1Malaysia diumum selaras pelancaran Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi pada 2010.   Salang turut memaklumkan sehingga September lepas, sebanyak 754,446 unit Komputer Riba 1Malaysia telah diagihkan di seluruh negara.   Menyentuh isu pemberian rebat RM200 untuk pembelian telefon mudah alih pintar, beliau berkata kementerian melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan bekerjasama dengan pemberi perkhidmatan telekomunikasi bagi memastikan ia dilakukan secara adil dan saksama kepada 1.5 juta belia.

Related Articles

0 comments:

Post a Comment