Monday, 21 January 2013

contoh kerja khusus geografi [part 2]

Salam sejahtera & salam 1 Malaysia , terlebih dahulu saya ingin menyatakan bahawa blog ini adalah Untuk memudahkan para pelajar tingkatan 3 untuk merujuk cara bagai mana untuk membuat Kerja Khusus T3. kerja khusus Geografi PMR 2012 ... (o_o)v  ok..

DOWNLOAD SOALAN  KERJA KHUSUS GEOGRAFI TINGKATAN 3 klik ini http://www.moe.gov.my/lp/files/pbs/pmr/2012/2012%2023-2/2012%2023-2%20kk%20CRC.pdf



CONTOH KERJA KHUSUS GEOGRAFI TINGKATAN 3 TUGASAN 2 PERNIAGAAN RUNCIT



TAJUK KAJIAN


  •  -PERNIAGAAN RUNCIT PASAR MALAM DI PEKAN 96410 OYA, DALAT, SARAWAK


SENARAI KANDUNGAN 

 BIL           TAJUK                                                                                   HALAMAN

  1. PENGHARGAAN
  2. PENDAHULUAN
  3. OBJEKTIF KAJIAN
  4. KAWASAN KAJIAN
  5. KAEDAH KAJIAN
  6. DAPATAN KAJIAN
  7. RUMUSAN 
  8. LAMPIRAN
  9. RUJUKAN



PENGHARGAAN 

     Pertama sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan_________iaitu Cikgu___________________, kerana beliau telah memberi kebenaran kepada saya untuk menjalankan kerja kursus ini. Selain itu, kepada guru mata pelajaran geografi saya Cikgu_______________saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana beliau telah banyak memberi tunjuk ajar dan nasihat kepada kami sepanjang kajian ini dijalankan. Ucapan terima kasih juga saya tujukan kepada ibu saya ______________ dan bapa saya ________________ , mereka telah banyak memberi sokongan dan dorongan kepada saya demi memastikan kajian ini dapat dilaksanakan dengan jayanya. Seterusnya saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih juga kepada semua rakan-rakan yang telah banyak membantu saya dalam meneruskan kajian ini.
Akhir sekali saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua responden yang telah banyak memberi kerja sama yang baik terhadap saya semasa kajian ini dijalankan. Sesungguhnya dengan bantuan daripada semua pihak sama ada secara lansung atau tidak lansung maka kerja khusus ini dapat disiapkan dengan jayanya.
 
Pulau Pandan jauh ke tengah,
    Gunung Daik bercabang tiga;
Hancur badan dikandung tanah,
    Budi baik dikenang juga
  

 PENDAHULUAN

 
     Bagi memenuhi syarat untuk Penilaian Menengah Rendah (PMR) semua murid tingkatan 3 diwajibkan menjalankan kerja amali di lapangan. Murid-murid diberi peluang untuk memilih  antara tugasan 1 iaitu “Ekosistem Terganggu Di kawasan Kajian” atau Tugasan 2 “ Perniagaan Runcit ”. Saya telah memilih tajuk Perniagaan runcit yang berfokuskan Pasar Malam di Pekan Oya 96410 Dalat,Sarawak. Saya memilih tajuk ini kerana kediaman saya terletak berdekatan dengan Pasar Malam tersebut, ini memudahkan saya untuk menjalankan kajian ini. Tempoh masa yang diperuntukan untuk menyiapkan kerja kursus ini adalah daripada bulan Februari hingga ke bulan Julai.


OBJEKTIF KAJIAN

     Kajian ini dilaksanakan adalah untuk memenuhi objektif-objektif  seperti berikut.
     Objektif yang pertama Kajian ini adalah untuk mengenal pasti konsep dan jenis perniagaan runcit yang terdapat di kawasan kajian iaitu di _______.
     Selain itu, kajian ini juga adalah untuk mengetahui kepentingan perniagaan runcit yang dikaji.
     Seterusnya, kajian ini juga bertujuan menyenaraikan faktor yang mengpengaruhi perniagaan runcit di kawasan kajian.
     Mengenal pasti kesan negatif perniagaan runcit dan memberi cadangan untuk mengurangkan kesan negatif perniagaan runcit juga adalah antara objektif kajian ini.
     Akhir sekali, kajian ini juga bertujuan untuk untuk menerapkan nilai atau unsur patriotisme dalam dapatan kajian.

KAWASAN KAJIAN


     Kawasan kajian saya ialah Pekan Oya 96410,Dalat Sarawak .Pekan Oya ialah sebuah pekan kecil yang terletak di Oya dalam daerah Dalat, Sarawak.Nama Oya berasal daripada sebuah cerita yang mengisahkan pada masa dahulu, ada seorang raja yang  berlayar dan singgah di sebuah kawasan yang belum dihuni oleh manusia.  Raja berkenaan singgah di kawasan itu dan duduk di bawah sepohon pokok yang sederhana besarnya. Baginda bercadang menamakan tempat itu bersempena nama pokok tempat beliau berteduh iaitu pokok “Uya”. Sehingga kni, nama itu bertukar sedikit sebutannya disebabkan cara penyampaian dan menjadikan ia “ OYA”.
Terdapat sebatang sungai kecil yang menghubungkan nelayan di sekitar Pekan Oya ke Batang Oya dan seterusnya ke Laut Cina Selatan dengan singkat iatu Sungai Parit yang terletak di Pekan Oya. Pekan Oya berada sekitar 1132 km daripada Kuala Lumpur, 27 km dari Pusat Bandar Mukah dan 18 km daripada Pekan Dalat. Dari Pekan Oya ke Bandar Mukah dengan mengunakan kereta hanya mengambil masa selama 15 minit.
  
utk peta 
  • peta zon/daerah/bahagian -  sediakan 1 peta zon/daerah/bahagian dilengkapi dgn tajuk ,bingkai,nama kawasan kajian, & arah mata angin   
  •  peta kawasan kajian -  lukis sendiri mesti dilengkapi dengan bingkai, tajuk, petunjuk, arah mata angin . menggunakan simbol piawai (rujuk buku teks untuk simbol piawai) .peta yang kemas dan sempurna ( klau saya lukis peta kawasan mula2 sekali sya akan duduk & menghala ke arah utara kemudian lihat sekeliling ,bayangkan & seterusnya lukis sebelum itu saya akan merayau di sekitar kawasan kajian >..< ) 

KAEDAH KAJIAN


     Sepanjang kajian ini dijalankan, saya telah menggunakan kaedah seperti berikut.
     Pertama sekali saya telah menggunakan kaedah pemerhatian. Saya menggunakan kaedah ini untuk memehartikan  dan mengenal pasti pelbagai jenis perniagaan runcit yang terdapat di kawasan kajian iaitu Pekan Oya.
     Selain itu saya juga menggunakan kaedah temu bual. Saya telah menemu bual 3 orang responden untuk memperolehi maklumat tentang  pentingnya perniagaan runcit pasar malam di kawasan kajian.
     Seterusnya, saya menggunakan kaedah soal selidik , saya telah mengedarkan borang soal selidik  kepada 20 orang respoden yang semuanya terdiri daripada peniaga pasar malam oya. Borang yang telah diedarkan mengandungi soalan seperti ,apakah faktor yang mempengaruhi perniagaan runcitpasar malam , kesan negatif perniagaan runcit di kawasan kajian dan cadangan untuk mengurangkan krsan negatif tersebut.
     Akhir sekali saya telah menggunakan kaedah rujukan , pelbagai sumber rujukan seperti internet dan buku telah dirujuk dan dijadikan panduan serta mendapat maklumat untuk menyiapkan kerja khusus ini.


DAPATAN KAJIAN


8.1  Konsep dan jenis perniagaan runcit di kawasan kajian


perniagaan runcit bermaksud urus niaga jual beli barang dalam kuantiti yang kecil atau perniagaan yang menjalankan urus niaga menjual kepada pengguna terakhir dalam kuantiti yang sedikit untuk kegunaan. Perniagaan runcit merangkumi pelbagai konsep dan jenis antaranya adalah seperti perniagaan  runcit pasar malam, pasar sari, pasar minggu, pasar tani, pasar tamu, dan lain-lain...
    dgn menggunakan kaedah pemerhatian saya telah mendapati bahawa terdapat beberapa jenis perniagaan runcit yang terdapat di sekitar kawasan kajian ini antaranya adalah seperti Pekan Sabtu, Pasar Malam , dan Kedai Runcit..
 8.2  Kepentingan perniagaan runcit di kawasan kajian
 


daripada hasil kaedah temu bual dengan 3 orang responden terdapat 4 kepentingan perniagaan runcit pasar malam terhadap masyarakat di sekitar kawasan kajian. menurut salah seorang responden yang menyatakan bahawaperniagaan runcit pasar malam sangat penting terhadap penduduk di sekitar kawasan kajian kerana......(nyatakan)

1) menyediakan peluang pekerjaan
2) meningkatkan taraf hidup/pendapatan penduduk

3) memudahkan penduduk tempatan membeli barangan

4) membolehkan penduduk tempatan memasarkan barangan jualan

5) menyediakan barangan segar


(Unsur patriotisme)


8.3 Faktor yang mempengaruhi perniagaan runcit di kawasan kajian


di sebalik terdapat pelbagai kepentingan perniagaan pasar malam di kawasan kajian terhadap masyarakat di sekitar kawasan kajian terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi perniagaan runcit tersebut. Dengan menggunakan kaedah soal selidik, 20 borang soal selidik telah diedarkan kepada 20 orang peniaga pasar malam di pekan oya bagi mengesan faktor2 yang mempengaruhi perniagaan runcit tersebut. hasilnya 4 faktor utama telah dikesan

  faktor yang pertama adalah .... ..(nyatakan)


1) Governan (kerajaan)
2) Modal
3) Infrastruktur

4) Pertambahan penduduk
5) Darjah ketersampaian(
lokasi)
6) Kesesuaian waktu berniaga


        8.4  Kesan negatif perniagaan runcit di kawasan kajian



di samping 4 faktor utama yang mempengaruhi perniagaan runcit pasar malam di kawasan kajian kesan nagatif juga mempengaruhi dan menjejaskan perniagan runcit tersebut antara kesan negatif tersebut adalah seperti berikut......(nyatakan)


1. Masalah sosial
2. Persaingan dengan kedai runcit tempatan
3. Pencemaran
.
4. Kesesakan lalu lintas

5. Harga tanpa kawalan

6. Barangan tidak berkualiti

(Unsur patriotisme)


8.5 Cadangan Untuk Mengurangkan Kesan Negatif Perniagaan Runcit di Kawasan Kajian




setelah mengetahui pelbagai kesan negatif perniagaan tersebut melalui kaedah soal selidik juga saya telah memperolehi cadangan untuk Mengurangkan Kesan Negatif Perniagaan Runcit di Kawasan Kajian daripada responden antara cadangan utk mengurangkan kesan negatif perniagaan runcit di kawasan kajian adalah seperti berikut.....(nyatakan)


1. Kuat kuasa undang-undang
2. Pengawalan harga

3. Kempen kesedaran
4. Menyediakan kemudahan asas

( Unsur patriotisme)

 utk bhn grafik buat satu atau lebih jadual berasaskan mana2 aspek dapatan kajian seterusnya bina 2 atau lebih di antara graf@carta Pai@Peta minda @carta aliran berasaskan jadual tersebut
  

RUMUSAN


sebagai rumusan kepentingan bagi perinagaan runcit ini adalah..... Seterusnya faktor yang mempengaruhi perniagaan runcit ini termasuklah.........kesan negatif bagi perniagaan runcit ini adalah.........cadangan untuk mengurangkan kesan negatif tersebutpula adalah........perniagaan runcit pasar malam ini banyak memberi manfaat …

 

 

LAMPIRAN

  1. Surat pengenalan diri calon
  2. Surat kebenaran membuat kajian
  3. Surat makluman kepada ibu bapa/penjaga
  4. Surat kebenaran ibu/bapa penjaga
  5. Borang soal selidik
  6. Gambar / foto yang berkaitan
  7. Bahan daripada pelbagai sumber seperti majalah, surat khabar dan internet

 

RUJUKAN




  1. Buku Teks
  2. Buku Rujukan
  3. Orang Sumber (responden) 
  4. Internet




ini semua hanyalah contoh kalau ada silap & salah Tolong maafkanlah dan berikan banyak2 tunjuk ajar kpd sya krana sya pun masih belajar ....Sekian Terima Kasih.... (o_o)V

Related Articles

0 comments:

Post a Comment